KELAS MINGGU 2
"Integrating Technology In Art Class"
18.09.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini adalah hari pertama kelas bermula. Pada hari tersebut saya masih berada di Sabah. maklumlah tiket mahal. So terpaksalah balik pada minggu yang murah tiket. hehe... Saya tebalkan muka juga untuk tanya kengkawan yang boleh dihubung dengan mudah. Thanks Diana for ur kindly heart. Thanks for guiding me..
So.. pensyarah ada inform dalam myGuru menti.com berkaitan dengan apa itu seni dan teknologi. Saya tak faham apa itu menti.com, so saya pun tanyalah abang manis yang bernama google. Oleh yang demikian, pencarian jodoh dalam google tersebut sedikit sebanyak membantu saya dalam memahami lebih dalam lagi mengenai apa itu seni dan teknologi pada masa kini. Dalam fikiran, confirm blur. Memang puuunnn.. mulut ternganga lalat masuk hingap mulut.
KELAS MINGGU 3
"Integrating Technology In Art Class - Activity menghasilkan Powtoon"
25.09.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Bertemu kita dicoretan yang akan di warnai dengan kehidupan hura-hara assignment yang bakal dinanti-nantikan. In shaa Allah akan dipermudahkan.
Dan pada hari ini sesi pembelajaran di teruskan dengan penghasilan Powtoon. Ketika sesi pembelajaran bermula, kami telah diberi arahan untuk mengeksplorasi isi-isi kandungan yang terdapat pada Powtoon. Selepas itu, kami telah dipandu oleh pensyarah dalam menghasilkan Powtoon. Oleh itu, aktiviti pertama kami pada hari tersebut adalah menghasilkan Powtoon tentang ‘Introduce Myself’. Dengan bimbingan dari seorang pensyarah maka terhasillah video Powtoon saya. Heheheheheheeee..... Thank Dr Wani..
Di akhir pembelajaran pada hari ini, saya dapati penggunaan Powtoon bukanlah perkara yang sukar. Sebenarnya makan kacang lagi susah tau. Sisa-sisa kacang tu kalau tersangkut digigi perghhh sakit! haha tetiba pula cerita kacang 😅. Any way, banyak benda lagi yang saya boleh eksplorasi dalam Powtoon ini. Dan banyak perkara yang saya boleh lakukan dengan Powtoon. Contohnya saya boleh aplikasikan ia dalam bentuk slide pembentangan, boleh membuat video berkenaan dengan bisnes dan pelbagai lagi. Kenapa bisnes? Diluar sana, siapa yang terbaca blog saya, in shaa Allah korang bolehlah buat video bisnes dari Powtoon ni. Alahhh bukan susah pun. Boleh cek sendirilah ye 🤪..
Saya berpendapat bahawa, dengan adanya aplikasi ini, pengalaman serta minat seseorang untuk belajar lagi mendalam. Apatah lagi apabila saya bergelar sebagai pendidik di masa akan datang. Bolehlah saya buat video dari Powtoon ni kan.. kan.. kan...?
So di bawah ini saya sertakan video powtoon saya. Bolehlah kenal-kenal serba sedikit tentang diri saya yang kalut ini. Al maklumlah....
Assignment 1 Powtoon "Me Myself and I"
"Introduce myself"
Assignment 2 Powtoon : Nota Pendidikan Seni Visual
KELAS MINGGU 4
"Menghasilkan Google Drawings dan AutoDraw"
02.10.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Pada permulaan pembelajaran hari ini, pensyarah telah mengarahkan kami untuk menjawab menti.com mengenai apa itu teknologi berdasarkan pada pendapat masing-masing. Seterusnya, pensyarah memulakan kelas dengan menerangkan apa itu google drawings dan autodraw serta menerangkan apa kegunaan serta ciri-ciri yang ada pada autodraw dan juga google drawings. Bolehlah cari mana-mana maklumat mengenai google drawing dan autodraw.
Di bawah ini saya sertakan google drawing saya. Saya melukisnya menggunakan shape segitiga. Amat mudah namun mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan seekor kucing yang berwarna-warni dan berbentuk geometri... Kesabaran perlulah sekuat semampu yang boleh. Kalau tidak kemungkinan besar saya akan bertukar menjadi 'hulk'. yang hijau tuu..
Google Drawing : Kucing bentuk geometri
Selain itu, saya juga melukis dari google drawing ini dengan cara freehand. Dibawah merupakan antara karya yang saya buat. Sepanjang melukis menggunakan freehand ini tidaklah sesukar yang disangka. Umpama minum air mineral je. Kita boleh lukis apa sahaja bentuk yang kita nak. Saya pilih pemandangan. Lukisan agak kebudak-budakkan. Tapi saya bersyukur sebab saya belajar benda baru. Thanks Dr Wani..
Google Drawing : Pemandangan
Di akhir pembelajaran, saya dapat pelajari penggunaan AutoDraw. AutoDraw ini merupakan penghasilan yang paling asas. Tapi tetap perlukan bantuan orang yang tahu seperti pensyarah kami Dr wani. Atau pun bolehlah cek kat uncle youtube kita. Dia tahu je. Banyak benda yang kita boleh belajar kat youtube tentang AutoDraw dan Google Drawing ini. Macam biasa, daripada kita biarkan anak buah ke adik kita ke dari main game baby shark tu, ada baiknya kita ajar mereka melukis menggunakan AutoDraw dan Google Drawing ini. Idea bijakkan?
Dibawah ini ada beberapa AutoDraw yang sangat-sangat cantik bagi saya. Bagi saya je lah. Langkah untuk melukis melalui AutoDraw ini mudah sahaja. Tidak perlu bimbingan sesiapa pun. Tapi still kena explore juga. Kalau tidak sesat pergi ke bumi sebelah.
KELAS MINGGU 5
"Scratch Primary Lesson 1"
09.10.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Sesi pembelajaran dimulakan dengan penerangan oleh pensyarah mengenai aplikasi yang diberi nama SCRATCH. Mesti ramai yang tidak tahu apa itu scratch bukan? Scratch merupakan satu perisian aplikasi untuk memahami jujukan arahan dalam pengaturcaraan. Scratch juga membolehkan pelajar membina cerita animasi serta permainan mudah. Wahh bestnya? Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT) seperti Raspberry Pi. Ianya dibina dengan 3 paparan asas. Yang pertama paparan utama yang memaparkan paparan keseluruhan projek, kedua Sprites iaitu elemen grafik atau objek yang digunakan dan yang ketiga Editor, ruang untuk menyunting skrip aturcara, kustumasi grafik dan juga suntingan suara. Dah tahu tentang scratch ini?
Setelah selesai penerangan yang disampaikan oleh pensyarah. Kami telah diberi arahan untuk membuat akaun scratch. Pendaftaran akaun scratch ini boleh diakses menggunakan nickname yang kita mahukan dan selepas itu akses dengan emel masing-masing. Pensyarah memberi dua pilihan sama ada menyiapkan tugasan melalui online ataupun offline. Untuk kerja offline bolehlah dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Time tidur or u do ur hiking, walking joking dengan segala jenis king-king. Haa ambik kau.. hikhikhikkk.. Dan kerja online hanya boleh disiapkan ketika komputer bersambung dengan wifi. Kalau kaya and internet laju boleh je kau duduk memanjang guna wifi. Library kana da. Jom habiskan quota wifi Upsi. Hahahaha.. So..Sepanjang aktiviti berjalan, pensyarah membimbing kami dengan sepenuhnya walaupun pada masa itu berlaku sedikit perkara yang tidak diingini. Haha.. hanya kami yang tahu. 😆
Di bawah ini saya sertakan beberapa tugasan scratch yang saya telah buat. Scratch yang pertama merupakan tugasan saya yang pertama untuk bahagian ini. Cara penghasilannya juga agak menarik dan mudah. Dan di bahagian ini juga pensyarah memberikan perhatian sepenuhnya kepada kami semua. Sepanjang saya menghasilkan scratch yang bertajuk kucing saya ini. Saya dapatlah tahu bagaimana kucing saya berdialog walaupun tiada suara. Berdialog sambil berjalan gitu
Secara keseluruhannya, pembelajaran pada hari tersebut sangat membantu saya. Walaupun ada kenangan dan perkara yang lucu terjadi sepanjang saya berada dalam kelas. Namun begitu, saya tetap menyiapkan tugasan yang diberi agar tidak ketinggalan. Selain itu juga, sebelum saya melalut jauh ke jiran bumi sebelah. Baik saya beritahu pasal scratch ni. Aplikasi scratch ini sememangnya sangat-sangat baik untuk kanak-kanak. Kita boleh aplikasikan ia sebagai permainan uji minda, game dan sebagainya. Bukan itu sahaja, scratch ini bukanlah sesuatu yang susah. Hanya dengan tutup mata sahaja kita akan tahu step yang seterusnya. Walaubagaimanapun, jangan takbur... sebabnya kalau bukan tunjuk ajar dari seorang pensyarah yang membawa kita ke alam seni teknologi ini mungkin kita akan berenang-renang di tepi paya. Hahaha
Tugasan 1 : Lesson
Tugasan 2 : Tukar Backdrop
Pada bahagian tukar backdrop ini, agak menyeronokkan sebabnya saya dapat ekspo banyak lagi benda. Umpama kita menggali emas dilombong emas. Semakin digali semakin menjadi-jadi. Dijadikan sebuah cerita, ketika saya menghasilkan scratch ini saya menjadikan youtube sebagai sumber rujukan saya. Namun begitu, apa yang saya dapat di youtube tidaklah 100% sama. Terdapat perbezaan di bahagian 'control'. Di mana saya perlu mencarinya sendiri. Dengan ilmu yang diberikan oleh pensyarah maka dapatlah sel-sel otak ini berhubung kembali. Alhamdulillah.
Tugasan Tambahan
Tugasan tambahan ini sebenarnya saya lakukan untuk anak buah saya. Haa Nampak tak betapa menariknya dalam menghasilkan scratch ini. Kita bukan sahaja dapat ilmu malah kita dapat menggembirakan si kecil anda. Walaubagaimanapun, sepanjang saya menghasilkan tugasan tambahan ini, saya mengharapkan kucing tersebut dapat lompat dan turun kembali. Tapi malangnya dia lompat tak turun-turun. So, sebelum saya masukkan ke dalam entri saya, saya ada repair sedikit scratch kucing saya ni agar dia turun dari lompatannya itu.
KELAS MINGGU 6
"Scratch Primary Lesson 2"
16.10.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Sesi pembelajaran seterus diteruskan dengan aktiviti yang sangat-sangat menarik. Beberapa bulan yang lalu saya ada terfikir untuk hasilkan game untuk anak-anak saudara saya. Tapi tidak sangka saya betul-betul akan menghasilkannya. Kebetulan bukan? Terima kasih kepada pensyarah saya Dr Wani atas tunjuk ajar beliau. Sebelum saya melalut hingga ke laut saya ingin memberitahu bahawa aktiviti yang dijalankan ketika berada dalam kelas ialah menghasilkan satu game yang diberi nama “ikan jerung”. Segala penerangan yang diberikan dalam kelas sebelum ini saya cuba untuk menghasilkan sebuah game pula. Menarik bukan?
Walaubagaimanapun, tunjuk ajar dari seorang pensyarah tetap diperlukan. Kalau tak shark saya tu akan keluar dari komputer. Hahaha... pensyarah menerangkan serba ‘sebanyak’ jalan untuk menghasilkan game tersebut. Seperti biasa, walaupun ada perkara yang membuatkan saya sukar untuk melakukan kerja-kerja sepanjang pembelajaran tapi saya tetap melakukan kerja tersebut walaupun terdapat moment yang tidak diingini berlaku. Apa-apa pun yang penting kelas berada dalam suasana gembira dan tidak memberi tekanan. Alhamdulillah.. Thanks Dr Wani ❤
Dan yang terakhir, pembelajaran pada hari tersebut telah memberi saya satu ilmu bagaimana untuk menghasilkan game. Bolehlah saya cipta satu game untuk anak-anak buah saya. Better than playing something nothing. Dan ilmu yang ada ini juga boleh saya praktikkan untuk kegunaan masa akan datang. In shaa Allah. Thanks Dr Wani 💕
Tugasan : Penghasilan Game "baby shark"
KELAS MINGGU 7
"Prezi and padlet"
23.10.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Seterusnya sesi pembelajaran pada hari ini diteruskan dengan topik pembelajaran yang baru mengenai bagaimana untuk menghasilkan prezi dan juga penggunaan padlet dalam penghasilan sesuatu kerja. Seperti biasa, pensyarah akan menerangkan serba sedikit maklumat mengenai tajuk topik tersebut. Dan pada kali ini, pensyarah akan memberi laluan kepada kami untuk mengeksplorasi prezi ini.
Mari saya terangkan apa itu prezi. Prezi adalah merupakan satu Aplikasi presentation atau pembentangan yang digunakan secara online. Ia adalah sama seperti power point namun prezi mempunyai kelebihan yang tersendiri. oleh itu perbezaan aplikasi prezi dan power point adalah prezi mempunyai templet yang banyak serta menarik, ia juga mempunyai banyak pilihan dari segi persembahan tulisan, kesan zoom out presentation, serta kesan warna background yang menarik mengikut templet yang dipilih. Manakala power point pula, merupakan program persembahan yang kini dibangunkan oleh Microsoft, untuk digunakan pada kedua-dua sistem operasi Microsoft Windows dan Apple Macintosh. PowerPoint, pada mulanya dinamakan "Presenter", telah dicipta oleh Forethought Inc. Versi Microsoft PowerPoint telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 1990, sebagai sebahagian daripada suite Microsoft Office. PowerPoint berguna untuk membantu membangunkan format persembahan berdasarkan slaid dan pada masa ini adalah salah satu program persembahan berdasarkan slaid yang paling biasa digunakan boleh didapati. Microsoft juga telah mengeluarkan aplikasi PowerPoint untuk digunakan pada sistem operasi mudah alih Apple dan Android.
Menarik?? Pensyarah telah mengarahkan kami untuk menghasilkan satu presentation mengenai topik kraf tradisioanl menggunakan prezi berdasarkan ilmu yang telah diberi. Sepanjang aktiviti, pensyarah membimbing secara langsung dan kami berjaya menghasilkan prezi tersebut dengan jayanya. Walaupun agak lambat saya menyiapkan kerja-kerja tersebut dek kerana komputer tidak dapat akses prezi tapi akhirnya dengan ketekunan (puji diri sendiri) dan semangat yang ada saya cuba dan terus cuba. Thanks Dr wani atas bimbingan yang diberikan 😊. Pada masa itulah saya berusaha untuk menyiapkan prezi saya walaupun saya tertinggal 1 abad. Hahaha.. Seterusnya, bagi aktiviti penghasilan padlet berdasarkan topik reka bentuk melalui idea masing-masing.
Di akhir pembelajaran ini sudah semestinya saya keluar dari kelas dengan ilmu yang telah dimuatkan dalam otak ini. Saya mengetahui bagaimana menghasilkan pembentangan menggunakan prezi dengan baik dan menarik. Selain itu, saya juga tahu bagaimana menggubakan padlet dalam menghasilkan nota. Thank you.. babai...
KELAS MINGGU 8
"Prezi and padlet"
30.10.2018
REFLEKSI PENGAJARAN
Assalamualaikum w.b.t
Pada minggu ini. Pembelajaran diteruskan dengan cara menghasilkan Padlet. Agak blur pada mulanya. Oleh kerana dilahirkan sifat yang blur, saya rajin meneroka dunia seni teknologi. Semoga dipermudahkan segalanya..
Continue Padlet
Invite Friend dalam padlet.
buat assignment .. mel jo and murni
#muat naik info.. jam 8pm








Comments
Post a Comment